Monday, June 15, 2009

Santapan Rohani...

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Saturday, June 13, 2009

Pekan Baru,Indonesia



25 Mei hingga 29 Mei merupakan tarikh dimana kami berangkat ke Pekan Baru,Indonesia. Rombongan ini merupakan aktiviti pihak universiti yg inginkan para pelajarnya menyelami kehidupan mahasiswa mahasiswi di Indonesia yang serba kekurangan. Tidak terdetik di hati ini untuk ke sana sebagai satu percutian seperti yang telah disalah ertikn sesetengah pihak.(perkara ini akan diulas dalam mase yg terdekat). Hari pertama di LCCT, 9 peserta rombongan termasuk diri ini telah kehilangan bagasi atas kesilapan pihak AirAsia. Selamat tiba ke Indonesia dengan sehelai sepinggang. Sampai sahaja di Pekan Baru, Riau destinasi pertama ialah ke provinsinya (perpustakaan). Struktur binaan yang luas dan besar memberikan keselesaan kepada semua pengguna yang ada di situ. Walaupun Indonesia dilanda krisis ekonomi, pihak kerajaannya tetap menekankan aspek pendidikan sebagai satu perkara penting untuk semua. Selesai sudah aktiviti disana kami dibawa ke tempat penginapan dan berehat di sana. Bagi sesetengah peserta yang tertinggal bagasinya mengambil peluang yang ada untuk membeli barang keperluan harian masing-masing.

Hari-hari yang berikutnya kami melawati Konsulat Malaysia, Teras Effendi, Universitas Riau dan juga Universitas Islam Sultan Syarif Kassim. Dalam kesempatan yang singkat ini juga kami dibawa ke Bukit Tinggi dan sempat bershopping sakan di sana. Segala kegiatan di sana merupakan satu pengalaman hidup dan diri ini bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk ke sana.