Sunday, March 07, 2010

Uniten Oh Uniten...

Bermulanya semester 1 2010/2011 nanti,akan meningkatlah harga sewa apartmen pelajar-pelajar daripada rm180 ke rm200. Keputusan ini dibuat tanpa mendapat persetujuan dan maklum balas daripada pelajar-pelajar.

Terkejut juga dengan secara tiba-tiba pihak atasan melakukan perkara ini. Mereka hanya menggunakan alasan yang pelajar-pelajar membazirkan penggunaan elektrik sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Tetapi adakah benar dakwaan yang dikatakan itu?...dari dahulu sejak zaman penulis menjadi wakil pelajar sehinggalah sekarang, pihak atasan tidak pernah memberi butiran terperinci kos dan tanggungan yang terpaksa ditampung oleh universiti walaupun sudah diminta beberapa kali.

Sememangnya penubuhan uniten ini tidak menguntungkan Tenaga Nasional Berhad. Sudah masuk 12 tahun penubuhan tetapi masih tidak mencapai 'break-even' apatah lagi menjana keuntungan. Untuk mengambil jalan mudah mereka mengenakan pula kenaikan harga sewa yang kononnya telah lama disubsidikan.

Alasan pelajar membazirkan elektrik tidak boleh dipakai sepenuhnya. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk peti ais,'rice cooker',mesin basuh,televisyen berkuasa tinggi dan lain-lain yang berkenaan. Apartmen juga bukannya menyediakan penghawa dingin. Sekiranya membazir sekalipun, harga sewaan sebuah bilik sudah pun mencapai rm720 sebulan.(rm180x4).

Jika mahu dinaikkan harga sekalipun, sekurang-kurangnya tingkatkanlah kualiti dan keselamatan kawasan yang memuaskan semua pihak. Jangankan keselamatan pelajar, apartmen penginapan pelajar lelaki (Desasiswa Bestari) itu pun sebenarnya tidak sesuai untuk diduduki kerana mengalami kebocoran dan struktur pembinaannya yang teruk. Penulis bukanlah seorang arkitek mahupun jurutera pembangunan, perkara ini diketahui sendiri daripada bekas TNC Uniten dalam satu perjumpaan dengan beliau.

Namun untuk mengelakkan pembaziran kerana membina bangunan tersebut, pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung akibatnya.

Alahai uniten...