Saturday, December 26, 2009

Birotata Negara (BTN)

Isu birotatanegara (BTN) baru-baru ini menjadi topik hangat di Malaysia dan menjadi perbalahan di antara ahli-ahli politik negara. Sehinggakan kerajaan Selangor dan Kelantan yang diterajui parti pembangkang untuk mengharamkan pekerja-pekerja dari institusi-institusi kerajaan menyertainya.

Penulis ingin berkongsi sendiri pengalaman menyertai BTN sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2007 dan 2009 yang bertempat di Alor Gajah,Melaka dan Kuala Lipis, Pahang. Ditambah juga pengalaman selama 3 bulan menyertai PLKN di Desaru, Johor pada tahun 2006.

Tujuan utama BTN dan PLKN seperti sedia maklum adalah berkaitan nasionalisme dan lain-lain yang sememangnya sudah diketahui umum. Dan dalam masa yang sama, pihak kerajaan menggunakan peluang ini untuk kepentingan politik masing-masing. Pada pendapat penulis, jika perkara seperti ini berlaku biarlah sekurang-kurangnya berlapik dan tidak terlalu menonjol bagi mengelakkan objektif utama penubuhan BTN dan PLKN itu sendiri tersasar.

Di pihak pembangkang pula mengatakan BTN bersifat perkauman kerana menimbulkan isu ketuanan Melayu dalam modul-modul mereka. Mereka mengatakan tidak adil untuk kaum-kaum lain yang ada di Malaysia ini. Perjanjian kontrak sosial yang sebelum ini dipersetujui cuba untuk dimanipulasikan.

Bagi penulis, perjanjian kontrak sosial yang dimeterai dahulu seharusnya dipatuhi. Soal kuota, biasiswa, subsidi dan hak istimewa orang Melayu jangan dipersoalkan selagi tidak mengganggu gugat orang bukan Melayu. Dan bagi orang Melayu, peluang yang ada ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang maksimum tetapi sehingga kini perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga sekarang, orang bukan Melayu tidak lagi terpinggir malah mampu bersaing walaupun bantuan kerajaan lebih memihak kepada orang Melayu. Mengapa perkara seperti ini berlaku?

Bangkitlah wahai orang Melayu...Jangan nanti kita tidak mampu bersaing dengan kaum lain di bumi sendiri...

Friday, December 11, 2009

For Man Only...


Man can live about forty days without food,
About three days without water,
About eight minutes without air,
but only for
one second without hope.