Sunday, November 07, 2010

Kalau dah nama pun politik!!!!

Entry kali ini penulis ingin menulis tentang politik...POLITIK!!! bukan sahaja berlaku di dalam kalangan ahli-ahli politik yang sememangnya berpolitik,tetapi juga berlaku terhadap semua golongan manusia yang hidup sesama manusia.

Maksudnya,jika seseorang itu hidup seperti kera sumbang,hidup memencilkan diri mahupun menyembunyikan diri, maka tidak akan berlakunya perkara-perkara yang boleh disebut sebagai politik.

Politik boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kawan,kawan yang sangat rapat,kawan yang kononnya rakan seperjuangan...Dan dalam masa yang singkat juga boleh menjadi lawan...lawan yang sangat mengancam walaupun pada mulanya dia adalah kawan.

Banyak contoh yang boleh ditunjukkan dimana kawan menjadi kawan selepas itu menjadi lawan. Akibat bahana politik seperti inilah maka manusia sesama manusia bertelingkah,mengadu domba mahupun menumpahkan darah.

Lihatlah sahaja seperti politik di Malaysia ini, Anwar Ibrahim boleh meninggalkan ABIM menyertai UMNO...UMNO boleh menyingkirkan Anwar Ibrahim lalu menfitnah dan menjatuhkannya melalui kes dengan bekas P.A.nya Saiful Bukhari...(samaada Anwar Ibrahim bersalah atau difitnah)...PAS boleh keluar daripada UMNO...DAP boleh duduk bersama PAS dan Keadilan...Zaid Ibrahim keluar UMNO menyertai Keadilan...dan banyak lagi contoh-contoh lain

Semua ini berlaku disebabkan perselisihan fahaman politik...Bukan itu sahaja,akibat mengejar kekayaan dan pangkat mahupun nama juga boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kancah politik...Pokok pangkalnya,politik itu merupakan sesuatu perkara yang baik...Nabi Muhammad s.a.w suatu ketika dahulu pun berpolitik,menjadi ketua membuka bandar Madinah dan memeterai perjanjian Hudaibiyah dan sebagainya. Perkara itu merupakan sesuatu yang baik dan merupakan bukti kepada semua betapa peri pentingnya berpolitik...

Namun, politik semasa sekarang telah berubah 100% menjadi sesuatu yang sudah kotor...Politik digunakan untuk kepentingan sendiri...Politik digunakan untuk mengkayakan kroni...Politik digunakan untuk menjatuhkan orang lain...dan bermacam lagi...

Dimanakah silapnya semua perkara ini,sehinggakan ada yang sanggup untuk menjauhkan diri daripada kancah politik...Pokok pangkalnya manusia masih lagi perlu berpolitik,tetapi politik yang macam mana untuk menjamin kepentingan dan kejayaan???...

Friday, August 27, 2010

Apabila nama dan pangkat yang dicari...

Salam and hi to all...

Baru-baru ini, pilihanraya kampus telah selamat dijalankan dengan lancarnya. Seramai 9 orang calon layak bertanding untuk 5 buah kerusi yang disediakan. Pengakhirannya, 5 orang calon Melayu telah memenangi pilihanraya tersebut. Hanya 2 calon bukan Melayu yang bertanding namun kedua-duanya kalah walaupun majoriti Melayu dan India disini sudah hampir sama banyak jumlahnya.

Pelbagai cerita yang didengari sepanjang tempoh berkempen yang sangat singkat dijalankan. Isu 'kawan makan kawan',isu racism, dan juga isu antara Melayu dengan Melayu.

Kesemua itu sebenarnya adalah lumrah dalam berpolitik. Politik bersih dan juga politik kotor sememangnya ada walaupun hanya jawatan kecil yang dipertandingkan. Dan manusia memang tidak akan dapat lari daripada kancah politik, selagi mereka masih tidak mengamalkan budaya hidup 'katak di bawah tempurung'.

Sebelum itu, penulis mengucapkan ribuan tahniah kepada calon yang berjaya dan masih sudi untuk bertanya dan meminta tunjuk ajar dalam menghadapi suasana politik disini. Dan juga tahniah kepada anda sekiranya niat anda untuk tampil ke hadapan adalah keikhlasan dan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab bukannya untuk hanya menempah nama dan publisiti.

Keputusan pilihanraya yang penulis jangkakan menepati serba sedikit keputusan yang sebenar. Sememangnya dari awal lagi tidak susah untuk saya menjangkakan keputusannya berdasarkan pengalaman yang sedikit ini.

Dan selepas keputusan pilihanraya diumumkan,sudah semestinya segelintir pihak yang kalah tidak dapat menerima keputusan itu. Mereka boleh berpura-pura di dalam pusat mengundi,tetapi muka sebenar boleh dilihat sebaik sahaja keluar daripada pusat mengundi tersebut. Betapa ralatnya dan kecewa dengam spesies sebegini,yang merasakan jawatan tersebut sangat penting walhal tanggungjawab yang lebih berat menanti selepas ini.

Lalu timbullah cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti yang telah disebutkan diatas. Dan penulis serba sedikit mahu menangkis dan memberi pendapat dalam perkara-perkara begini. Pertamanya ditimbulkan isu 'racist' iaitu Melayu dengan Melayu, India dengan India dan lain-lain. Lumrah dunia kalau sudah kalah sememangnya tidak mahu menerima dengan hati yang terbuka sebaliknya menuding jari dan menyalahkan orang lain. Bagi penulis, kedua-dua calon India itu kalah bukan kerana timbulnya 'racism. Memang tidak dinafikan ada sedikit,tetapi tidak semua. Salahkan la kaum kamu sendiri, penulis pun tahu dan nampak situasi sebenar dimana kamu juga terdapat puak-puak dan berpecah belah sesama sendiri. Tidak perlulah menuding jari,semuanya sudah nampak di depan mata.

Manakala bagi Melayu pula, ada pihak yang marah apabila calon yang ingin bertanding disekat bagi mengelakkan banyak calon yang bertanding. Belajarlah dari masa lalu dimana kamu sesama Melayu bertanding merebut 'kerusi' bagai nak rak,dan akhirnya kamu semua tersungkur begitu sahaja. Gunakanlah undi majoriti yang ada untuk menaikkan calon yang berkelayakan dan berupaya. Bukannya bertanding untuk 'test power' tetapi tidak pandai bekerja.

Di sini penulis tidak bersifat perkauman,sebaliknya hanya memberikan pandangan berdasarkan situasi sebenar yang berlaku. Semoga calon yang berjaya mampu menjalankan tanggungjawab mereka dan melaksanakan manifesto yang dicanang berjela-jela. Semoga usaha dan niat yang ikhlas dapat memudahkan tanggungjawab anda dalam masa-masa akan datang.

Sunday, June 20, 2010

Isu judi di negara kita...

Ketika ramai pemain bola sepak bertaraf dunia membawa nama negara masing-masing di Afrika Selatan, ramai juga manusia yang mengambil kerja 'part time' dengan bermain judi.

Tidak terkecuali juga di Malaysia ini, hinggakan kerajaan Malaysia telah memberikan lesen judi kepada syarikat milik jutawan Cina Tan Sri Vincent Tan. Tan Sri Vincent Tan sememangnya sudah berjaya dalam prospek perniagaannya dalam Berjaya Group.

Isu pemberian lesen judi ini mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik mahupun NGO. (Non govermental organisation). Terdapat pelbagai kesan daripada pemberian lesen judi ini yang mana tentunya lebih negatif berbanding positif.

Dengan wujudnya lesen judi ini, kerajaan akan mendapat keuntungan melalui cukai yang diwartakan. Sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negara dalam pengurusan wang yang setiap tahun mencatatkan nilai deficit. Terbukti hasil pendapatan negara lebih banyak diperolehi daripada cukai judi,arak dan tembakau (rokok).

Dan dalam masa yang sama juga, kerajaan melarang umat Islam daripada melibatkan diri dalam perjudian ini.Persoalannya, adakah kerajaan memainkan peranan dalam membanteras kegiatan judi ini antara umat Islam sedangkan pada masa sekarang orang Islam sudah banyak didapati memasuki premis perjudian seperti Magnum dan Sports Toto.

Perjudian ini juga akan membawa masalah kepada orang yang melibatkan diri sekiranya pertaruhannya memakan diri. Menang tidak seberapa malah hutang pula yang semakin berlipat ganda. Akhirnya penyelesaian yang mudah untuk menyelesaikan hutang dengan berjumpa 'Ah Long' atau mencuri,merompak dan lain-lain.

Masalah sosial yang semakin parah ini akan bertambah parah dengan wujudnya lesen perjudian yang kononnya sudah dihalalkan. Dapatkah pihak polis membanteras jenayah dengan berkesan?

Daripada kaca mata penulis, sudah semestinya pemberian lesen judi ini memberikan impak yang lebih negatif berbanding positifnya. Tidak timbul isu menghalang kebebasan orang bukan Islam berjudi kerana sudah banyak kewujudan premis perjudian di negara ini.

Banyak lagi hasil pendapatan negara boleh didapati dalam membantu meningkatkan ekonomi negara. Jangankan kerana penyelewengan sendiri, terpaksa mengambil pendekatan yang dilarang oleh agama. Jangan memberikan alasan kononnya menjaga kepentingan bukan Islam,walhal sudah banyak premis yang tidak dibenarkan dalam Islam sudah diwujudkan. Malahan jumlah orang Islam pula yang lebih banyak berbanding bukan Islam di dalam premis tersebut.

Memimpinlah dengan baik kerana kepimpinan kita akan disoal di akhirat nanti...

Monday, May 31, 2010

Ananda Krishnan gelakkan orang Melayu kita...

Ananda Krishnan merupakan seorang jutawan Malaysia yang mempunyai pelbagai bisnes termasuklah Maxis dan Astro.

Disini bukanlah penulis mahu menceritakan secara terperinci peribadi Ananda Krishnan,sebaliknya ingin bersama-sama memikirkan bagaimana kejayaan Ananda Krishnan ini dibantu oleh orang Melayu kita.

Astro seperti yang kita tahu merupakan rangkaian penyiaran yang mempunyai pelbagai siaran. Kini di setiap rumah sudah mempunyai rangkaian ini. Siarannya yang pelbagai itu sudah cukup menarik minat untuk semua orang melanggannya terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kejayaan Astro ini menyaingi stesen tv yang lain membuatkan Ananda Krishnan tersenyum puas dengan pencapaian yang diperolehnya. Belum cukup dengan kejayaan itu, 8 tahun dahulu pihak Astro telah mula memperkenalkan satu bentuk hiburan yang melalaikan terutamanya di kalangan orang Melayu.

Bentuk hiburan yang dikatakan itu adalah rancangan Akademi Fantasia yang baru-baru ini sudah menamatkan rancangannya yang ke-8. Berjuta-juta undian diterima oleh orang ramai semata-mata ingin melihat pelajar af mereka (kononnya pelajar) kekal hingga ke finalis. Ada juga yang menjual air mata mereka hanya kerana sedih melihat peserta tersingkir.

Dan malangnya, kebanyakkan penyumbang undian (pemberi wang kepada Astro) adalah orang Melayu. Peserta-pesertanya juga majoritinya orang Melayu. Semasa audition diadakan juga kebanyakkannya dihadiri oleh orang Melayu...Melayu,Melayu,Melayu!!!

Tidakkah kita sedar, pemilik Astro ini hanya mahukan wang kita. Menyediakan hiburan hedonisme ini untuk melalaikan kita. Membuatkan kita merugikan masa yang boleh digunakan untuk benda yang lebih berguna.

Berbaloikah hiburan yang kita peroleh ini dengan kekayaan yang diperoleh oleh pihak Astro ini. Boleh bertahan lamakah artis yang dihasilkan dalam rancangan ini. Tidak terasa aibkah kita, mereka dianggap sebagai graduan dalam masa 3 bulan sahaja sedangkan kita untuk bergelar graduan dalam mana-mana bidang mengambil masa yang lama.

Anda boleh kata tidak salah untuk berhibur...Tidak salah untuk mengundi artis pilihan...
Tapi selepas ini kita tidak boleh pertikaikan mengapa yang kaya akan semakin kaya...sebaliknya yang miskin akan kekal miskin...

Sunday, May 02, 2010

Sebulan sahaja lagi...

Sebulan sahaja lagi, latihan industri penulis akan habis. Sudah 5 bulan penulis menimba bermacam-macam ilmu untuk menjadi seorang auditor.Minggu depan juga pensyarah akan datang berjumpa walaupun masa itu merupakan 'peak period' bagi auditor. Tidak sabar rasanya menunggu masa sebulan ini berlalu dengan pantas.

Bukanlah kerana tertekan dengan kerja,tetapi suasana politik yang tidak habis-habis dikalangan orang melayu kita ini. Produktivitinya tidaklah kemana, tetapi gaya bercakap 'melambung-lambung'. Sepertinya dialah seorang pekerja yang berjaya, dialah seorang pekerja yang hebat dan macam-macam lagi.

Tidak ada istilah persaingan sihat dikalangan orang melayu ini. Semuanya ingin mengambil jalan mudah untuk melebihi daripada seseorang. Istilah bodek dan mulut manis terhadap bos sudah menjadi perkara biasa. Lebih daripada itu, ada yang sanggup menikam dari belakang.

Bagi yang perempuan (tidak semua),kegedikan amatlah terserlah. 'Gender bias' sudah menjadi lumrah. Tetapi kerjanya tak ke mana. Tidaklah sehebat mana, tapi hanya kerana kegedikan tersebut terus tidak ada langsung salah di mata.

Penulis tidak lagi mempunyai pengalaman bekerja dengan orang Cina, tetapi penulis sudah mula muak dengan sikap orang Melayu kita. Hanya pandai berkata-kata tetapi hasil kerja x sebagus mana.

Dalam masa yang sama juga,penulis tidak berasa menyesal menjalani latihan praktikal disini. Banyak pengalaman yang diperolehi, banyak syarikat yang telah dimasuki. Banyak ilmu yang dipelajari telah digunapakai disini. Malangnya, hanya kerana mentaliti orang Melayu disinilah yang menyebabkan penulis tidak sabar menanti cepatnya pemergian bulan Mei ini...

Friday, April 02, 2010

One Paragraph That Explains Life...

Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983. From world over, he received letters from his fans, one of which conveyed: 'Why does GOD have to select you for such a bad disease'?

To this Arthur Ashe replied :

'The world over-- 50 million children start playing tennis, 5 million learn to play tennis, 500,000 learn professional tennis, 50,000 come to the circuit, 5000 reach the grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi final, 2 to the finals, when I was holding a cup I never asked GOD 'Why me?...

And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?...

Sunday, March 07, 2010

Uniten Oh Uniten...

Bermulanya semester 1 2010/2011 nanti,akan meningkatlah harga sewa apartmen pelajar-pelajar daripada rm180 ke rm200. Keputusan ini dibuat tanpa mendapat persetujuan dan maklum balas daripada pelajar-pelajar.

Terkejut juga dengan secara tiba-tiba pihak atasan melakukan perkara ini. Mereka hanya menggunakan alasan yang pelajar-pelajar membazirkan penggunaan elektrik sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Tetapi adakah benar dakwaan yang dikatakan itu?...dari dahulu sejak zaman penulis menjadi wakil pelajar sehinggalah sekarang, pihak atasan tidak pernah memberi butiran terperinci kos dan tanggungan yang terpaksa ditampung oleh universiti walaupun sudah diminta beberapa kali.

Sememangnya penubuhan uniten ini tidak menguntungkan Tenaga Nasional Berhad. Sudah masuk 12 tahun penubuhan tetapi masih tidak mencapai 'break-even' apatah lagi menjana keuntungan. Untuk mengambil jalan mudah mereka mengenakan pula kenaikan harga sewa yang kononnya telah lama disubsidikan.

Alasan pelajar membazirkan elektrik tidak boleh dipakai sepenuhnya. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk peti ais,'rice cooker',mesin basuh,televisyen berkuasa tinggi dan lain-lain yang berkenaan. Apartmen juga bukannya menyediakan penghawa dingin. Sekiranya membazir sekalipun, harga sewaan sebuah bilik sudah pun mencapai rm720 sebulan.(rm180x4).

Jika mahu dinaikkan harga sekalipun, sekurang-kurangnya tingkatkanlah kualiti dan keselamatan kawasan yang memuaskan semua pihak. Jangankan keselamatan pelajar, apartmen penginapan pelajar lelaki (Desasiswa Bestari) itu pun sebenarnya tidak sesuai untuk diduduki kerana mengalami kebocoran dan struktur pembinaannya yang teruk. Penulis bukanlah seorang arkitek mahupun jurutera pembangunan, perkara ini diketahui sendiri daripada bekas TNC Uniten dalam satu perjumpaan dengan beliau.

Namun untuk mengelakkan pembaziran kerana membina bangunan tersebut, pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung akibatnya.

Alahai uniten...

Monday, February 15, 2010

Kehidupan selepas bergraduan...

Tuntutlah ilmu sehingga ke menara gading.Istilah menara gading pada masa kini boleh diklasifikasikan sebagai universiti-universiti tempatan mahupun universiti-universiti luar negara.Betapa bangganya diri kita setelah kita bergelar graduan dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.Sejauh manakah kejayaan yang kita perolehi ini dapat digunakan dalam masa-masa yang akan datang?...

Sekiranya anda seorang penuntut di universiti,sudah semestinya jumlah bayaran yang dikenakan sangatlah tinggi.Walaupun pelbagai kemudahan pinjaman dan biasiswa yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak tertentu,tidak semua yang akan dapat menggunakan kemudahan yang diberikan.Bagi yang mendapat bantuan biasiswa sudah semestinya tidak risaukan apa-apa kerana tiada bebanan hutang yang harus dilangsaikan selepas bergelar graduan.Bagi mereka yang hanya mendapat pinjaman pula,sudah semestinya mengurut dada dan 'botak kepala' memikirkan untuk melangsaikan hutang pinjaman.

Setelah bergraduasi,kebiasaanya akan memperolehi gaji yang maksimum hanya rm2000 sahaja (bergantung kepada ijazah dan tempat bekerja).Tetapi telah meninggalkan bebanan hutang beribu-ribu atas ijazah yang telah diperolehi.Berapa lama masa yang diperlukan untuk membayarnya?,ditambah pula dengan ekonomi semasa yang kadangkala boleh membawa kepada pengangguran.

Perbelanjaan lain juga perlu difikirkan dan semakin bertambah usia,semakin bertambahlah tanggungjawab dan keperluan yang perlu diperolehi.Tiba masanya akan terfikir untuk melangsungkan perkahwinan yang memerlukan perbelanjaan yang besar.Berkeinginan untuk mendapat rumah sendiri dan kereta idaman.Kesemuanya tidak mustahil untuk diperolehi kerana pada masa kini kita mampu berhutang dengan mana-mana institusi kewangan mahupun individu tertentu(ah-long).

Persoalannya sampai bila kita mahu berhutang?...Sempatkah kita untuk melangsaikan hutang?...Bekerja makan gaji susah untuk membantu perkara ini,memerlukan masa yang lama.Ditambah dengan bekerja 'part-time'?(berdayakah kita???)...menyertai skim cepat kaya?...perniagaan MLM?...menikam nombor ekor?...atau berniaga sendiri(memerlukan modal,dan modal memerlukan hutang)...

Inilah perkara yang akan kita tempuhi selepas bergelar graduan.Sama-samalah bersiap sedia dalam menghadapi kehidupan duniawi ini yang semakin hari semakin teruji.

"Kejayaan ada dimana-mana bergantung kepada keinginan dan usaha kita selama ini".