Sunday, May 02, 2010

Sebulan sahaja lagi...

Sebulan sahaja lagi, latihan industri penulis akan habis. Sudah 5 bulan penulis menimba bermacam-macam ilmu untuk menjadi seorang auditor.Minggu depan juga pensyarah akan datang berjumpa walaupun masa itu merupakan 'peak period' bagi auditor. Tidak sabar rasanya menunggu masa sebulan ini berlalu dengan pantas.

Bukanlah kerana tertekan dengan kerja,tetapi suasana politik yang tidak habis-habis dikalangan orang melayu kita ini. Produktivitinya tidaklah kemana, tetapi gaya bercakap 'melambung-lambung'. Sepertinya dialah seorang pekerja yang berjaya, dialah seorang pekerja yang hebat dan macam-macam lagi.

Tidak ada istilah persaingan sihat dikalangan orang melayu ini. Semuanya ingin mengambil jalan mudah untuk melebihi daripada seseorang. Istilah bodek dan mulut manis terhadap bos sudah menjadi perkara biasa. Lebih daripada itu, ada yang sanggup menikam dari belakang.

Bagi yang perempuan (tidak semua),kegedikan amatlah terserlah. 'Gender bias' sudah menjadi lumrah. Tetapi kerjanya tak ke mana. Tidaklah sehebat mana, tapi hanya kerana kegedikan tersebut terus tidak ada langsung salah di mata.

Penulis tidak lagi mempunyai pengalaman bekerja dengan orang Cina, tetapi penulis sudah mula muak dengan sikap orang Melayu kita. Hanya pandai berkata-kata tetapi hasil kerja x sebagus mana.

Dalam masa yang sama juga,penulis tidak berasa menyesal menjalani latihan praktikal disini. Banyak pengalaman yang diperolehi, banyak syarikat yang telah dimasuki. Banyak ilmu yang dipelajari telah digunapakai disini. Malangnya, hanya kerana mentaliti orang Melayu disinilah yang menyebabkan penulis tidak sabar menanti cepatnya pemergian bulan Mei ini...

No comments:

Post a Comment