Monday, April 04, 2011

Kebetulan?...

Salam to all...

Apakah isu yang sedang hangat diperkatakan pada waktu ini?...Sudah semestinya isu pilihanraya Sarawak yang akan berlangsung pada 14 April ini. Pilihanraya yang akan menentukan samaada Ketua Menteri Taib Mahmud masih lagi diterima rakyat Sarawak atau sudah sepatutnya mengucapkan selamat tinggal sebelum jatuh tersungkur.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga telah dibolehkan menonton video lucah, asalkan video tersebut hasil daripada ahli politik sahaja...Opppsss

Entri ini sememangnya tidak ingin membincangkan pilihanraya Sarawak yang bakal tiba. Entri ini sememangnya menfokuskan kepada saudara ketua pembangkang Malaysia yang semakin hari semakin dituduh rendah moral dan akhlaknya. Adakah ini benar?...Atau adakah ini agenda untuk menjatuhkannya sahaja?...

Tidak dinafikan bahawa dunia ini penuh dengan kebetulan...Samaada ianya sengaja atau tidak, hanya empunya diri dan empunya dunia sahaja yang mengetahuinya.

Semasa Anwar Ibrahim dibebaskan pada zaman pemerintahan Pak Lah, pada masa itulah juga Malaysia mengenali saudara Saiful Bukhari. Ketika itu isteri Anwar Ibrahim ingin melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh, mencanang2 saudara saiful ini bersumpah yang telah di***** oleh Anwar Ibrahim...

Dan ketika Anwar Ibrahim mempropagandakan isu 16 September, dan ketika itulah ramai ahli parlimen Barisan Nasional dibawa ke luar negara kononnya atas urusan berharga...

Dan tatkala kerap kali berlakunya pilihanraya kecil seperti di Tenang, Merlimau, Kerdau dan sebagainya, muncullah kembali seorang wanita yang bersumpah mempunyai rahsia2 sulit saudara Anwar Ibrahim ini...

Dan tatkala pilihanraya Sarawak diumumkan, muncul pula video lucah yang dikaitkan olehnya setelah isu ***** dimahkamah hampir menemui jalan penyelesaian...

Persoalannya disini, adakah ini semua kebetulan???...ke...beee...tuuu...lannn?...

Atau adanya pihak tertentu yang mahu memusnahkan karier politik Anwar Ibrahim?...

Dan sememangnya penulis mengerti mengapa saudara Anwar Ibrahim ini perlu dijatuhkan bukannya pemimpin pembangkang yang lain...

Penulis tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut lagi, penulis mahu kita sebagai rakyat jelata melihat perkara seperti ini berlaku secara kebetulan ataupun sebaliknya...

Wasallam...

Friday, March 04, 2011

Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada beberapa hari yang lepas, penulis berkesempatan meluangkan masa mengikuti program 'talent nite'. Program hiburan dimana persembahan dilakukan oleh pelajar-pelajar sendiri seperti nyanyian, 'band' dan 'accoustic'.

Dalam pada masa yang sama, program ini perlu dilaksanakan mengikut 'Shariah compliance' atas arahan daripada pihak atasan. Antara peraturan yang dilaksanakan ialah pelajar lelaki dan pelajar perempuan perlu duduk berasingan. Lampu akan dinyalakan sedikit dimana keadaan dewan boleh dilihat. Tarian juga tidak dibenarkan pada program itu. Samaada betul tiada tarian yang dipersembahkan penulis tidak tahu kerana penulis telah cabut awal.

Atas peraturan baru yang dikuatkuasakan itu banyaklah sindiran mengecam peraturan 'shariah compliance' ini. Pada pendapat penulis, tidak salah untuk pihak atasan menguatkuasakan peraturan seperti ini. Tetapi dalam masa yang sama penulis memikirkan adakah peraturan ini diadakan kerana ingin mengejar publisiti atau benar-benar ikhlas melakukannya?

Jika benar keikhlasannya, mengapa diadakan juga program seperti itu?, mengapa tidak digantikan dengan program yang lain?,apabila program seperti ini dijalankan juga, mana mungkin peraturan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Penulis merasa agak terkilan apabila ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan istilah 'shariah compliance' ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ia datangnya daripada rakan-rakan yang beragama Islam. Jika rakan-rakan yang bukan Islam, masih lagi boleh diterima kerana mereka sememangnya tidak mengetahui maksud sebenar istilah tersebut dan mengapa perlu dilaksanakan. Tetapi bagi yang beragama Islam,seolah-olah memperlekehkan agama mereka sendiri. Seperti meletakkan tuntutan agama hanya ketika waktu melakukan solat,majlis kematian,kenduri tahlil atau hanya di masjid sahaja.

Jika program itu dibatalkan terus, tidak akan timbul isu dan tidak akan terlihat kejahilan yang masih lagi ada di diri kita ini. Untuk mempersiapkan program ini sudah tentunya mengambil masa yang lama. Terjagakah solat kita?,adab kita?.

Tidak salah untuk berhibur kerana sememangnya manusia memerlukan hiburan. Penulis tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dalam program ini samada dari pihak atasan mahupun hadirin yang datang.

Penulis hanya mempersoalkan mengapa program seperti ini masih mahu dijalankan jika ingin melaksanakan arahan mengikut peraturan shariah. Penulis lebih melihat kepada mempersendakan atau memainkan tuntutan daripada ingin melaksanakan. Jika pihak atasan benar-benar ingin melaksanakan tuntutan agama ini, janganlah hanya 'melepaskan batuk di tangga' kerana sebelum ini arahan daripada pihak atasan jugalah yang ingin pelajar lelaki dan pelajar perempuan menginap bertentangan sesama sendiri.

(Penulis masih lagi tidak nampak keikhlasan daripada pihak atasan)

Monday, January 31, 2011

Jangan mencari kesalahan orang lain...

Salam...

Peristiwa yang berlaku baru-baru ini betul2 membingungkan...Bagaimanakah kita ingin mengetahui isi hati seseorang?...Bagaimanakah kita ingin mengetahui adakah tindakan kita itu benar dan diterima semua pihak?...

Manusia sememangnya tidak lari daripada melakukan kesalahan...Dan itu juga tidak bermakna yang manusia boleh mencari kesalahan mahupun melakukan kesalahan...Apabila berlakunya perselisihan faham,jalan terbaik sudah tentunya bawa berbincang...Tetapi kadangkala perbincangan itu disalahgunakan sebagai tempat untuk menebus dendam...(samada menebus dendam atau membetulkan kesalahan itu terpulang kepada empunya badan)

Tidak terfikirkah kita,sekiranya kita membuka aib mahupun pekung orang, adakah kita ini tidak mempunyai apa2 pekung di badan?...Suci dalam debukah diri kita ini,alim dan baikah diri ini atau pun alim-alim kucing?...

Bagaimana pula kalau kita tidak berpuas hati,satu kampung turun mahu membedal orang itu (yang kononnya sangat bersalah)...Tidak terfikirkah kita, setakbur-takbur kita,seriak-riak kita,segangster-gangster kita,ada lagi yang Maha Hebat daripada kita semua...

Sesungguhnya perasaan amarah itu berpunca daripada hasutan yang kita sendiri sedia maklum...Jadikanlah peristiwa yang tidak diingini itu sebagai pengajaran dan pedoman hidup...Dan yang penting sekali janganlah mencari kesalahan orang lain mahupun ingin mengetahui kesalahan orang lain...Jagalah dan perbetulkanlah diri sendiri terlebih dahulu dan disamping itu,tegurlah dengan berhemah sekiranya ada rakan-rakan yang melakukan kesalahan bukannya mengumpul kesalahan mereka lalu dicanang satu dunia...

(Artikel ini tidak menyebelahi mana-mana pihak)