Monday, February 15, 2010

Kehidupan selepas bergraduan...

Tuntutlah ilmu sehingga ke menara gading.Istilah menara gading pada masa kini boleh diklasifikasikan sebagai universiti-universiti tempatan mahupun universiti-universiti luar negara.Betapa bangganya diri kita setelah kita bergelar graduan dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.Sejauh manakah kejayaan yang kita perolehi ini dapat digunakan dalam masa-masa yang akan datang?...

Sekiranya anda seorang penuntut di universiti,sudah semestinya jumlah bayaran yang dikenakan sangatlah tinggi.Walaupun pelbagai kemudahan pinjaman dan biasiswa yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak tertentu,tidak semua yang akan dapat menggunakan kemudahan yang diberikan.Bagi yang mendapat bantuan biasiswa sudah semestinya tidak risaukan apa-apa kerana tiada bebanan hutang yang harus dilangsaikan selepas bergelar graduan.Bagi mereka yang hanya mendapat pinjaman pula,sudah semestinya mengurut dada dan 'botak kepala' memikirkan untuk melangsaikan hutang pinjaman.

Setelah bergraduasi,kebiasaanya akan memperolehi gaji yang maksimum hanya rm2000 sahaja (bergantung kepada ijazah dan tempat bekerja).Tetapi telah meninggalkan bebanan hutang beribu-ribu atas ijazah yang telah diperolehi.Berapa lama masa yang diperlukan untuk membayarnya?,ditambah pula dengan ekonomi semasa yang kadangkala boleh membawa kepada pengangguran.

Perbelanjaan lain juga perlu difikirkan dan semakin bertambah usia,semakin bertambahlah tanggungjawab dan keperluan yang perlu diperolehi.Tiba masanya akan terfikir untuk melangsungkan perkahwinan yang memerlukan perbelanjaan yang besar.Berkeinginan untuk mendapat rumah sendiri dan kereta idaman.Kesemuanya tidak mustahil untuk diperolehi kerana pada masa kini kita mampu berhutang dengan mana-mana institusi kewangan mahupun individu tertentu(ah-long).

Persoalannya sampai bila kita mahu berhutang?...Sempatkah kita untuk melangsaikan hutang?...Bekerja makan gaji susah untuk membantu perkara ini,memerlukan masa yang lama.Ditambah dengan bekerja 'part-time'?(berdayakah kita???)...menyertai skim cepat kaya?...perniagaan MLM?...menikam nombor ekor?...atau berniaga sendiri(memerlukan modal,dan modal memerlukan hutang)...

Inilah perkara yang akan kita tempuhi selepas bergelar graduan.Sama-samalah bersiap sedia dalam menghadapi kehidupan duniawi ini yang semakin hari semakin teruji.

"Kejayaan ada dimana-mana bergantung kepada keinginan dan usaha kita selama ini".