Sunday, June 20, 2010

Isu judi di negara kita...

Ketika ramai pemain bola sepak bertaraf dunia membawa nama negara masing-masing di Afrika Selatan, ramai juga manusia yang mengambil kerja 'part time' dengan bermain judi.

Tidak terkecuali juga di Malaysia ini, hinggakan kerajaan Malaysia telah memberikan lesen judi kepada syarikat milik jutawan Cina Tan Sri Vincent Tan. Tan Sri Vincent Tan sememangnya sudah berjaya dalam prospek perniagaannya dalam Berjaya Group.

Isu pemberian lesen judi ini mendapat pelbagai reaksi daripada parti-parti politik mahupun NGO. (Non govermental organisation). Terdapat pelbagai kesan daripada pemberian lesen judi ini yang mana tentunya lebih negatif berbanding positif.

Dengan wujudnya lesen judi ini, kerajaan akan mendapat keuntungan melalui cukai yang diwartakan. Sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi negara dalam pengurusan wang yang setiap tahun mencatatkan nilai deficit. Terbukti hasil pendapatan negara lebih banyak diperolehi daripada cukai judi,arak dan tembakau (rokok).

Dan dalam masa yang sama juga, kerajaan melarang umat Islam daripada melibatkan diri dalam perjudian ini.Persoalannya, adakah kerajaan memainkan peranan dalam membanteras kegiatan judi ini antara umat Islam sedangkan pada masa sekarang orang Islam sudah banyak didapati memasuki premis perjudian seperti Magnum dan Sports Toto.

Perjudian ini juga akan membawa masalah kepada orang yang melibatkan diri sekiranya pertaruhannya memakan diri. Menang tidak seberapa malah hutang pula yang semakin berlipat ganda. Akhirnya penyelesaian yang mudah untuk menyelesaikan hutang dengan berjumpa 'Ah Long' atau mencuri,merompak dan lain-lain.

Masalah sosial yang semakin parah ini akan bertambah parah dengan wujudnya lesen perjudian yang kononnya sudah dihalalkan. Dapatkah pihak polis membanteras jenayah dengan berkesan?

Daripada kaca mata penulis, sudah semestinya pemberian lesen judi ini memberikan impak yang lebih negatif berbanding positifnya. Tidak timbul isu menghalang kebebasan orang bukan Islam berjudi kerana sudah banyak kewujudan premis perjudian di negara ini.

Banyak lagi hasil pendapatan negara boleh didapati dalam membantu meningkatkan ekonomi negara. Jangankan kerana penyelewengan sendiri, terpaksa mengambil pendekatan yang dilarang oleh agama. Jangan memberikan alasan kononnya menjaga kepentingan bukan Islam,walhal sudah banyak premis yang tidak dibenarkan dalam Islam sudah diwujudkan. Malahan jumlah orang Islam pula yang lebih banyak berbanding bukan Islam di dalam premis tersebut.

Memimpinlah dengan baik kerana kepimpinan kita akan disoal di akhirat nanti...

No comments:

Post a Comment