Friday, March 04, 2011

Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada beberapa hari yang lepas, penulis berkesempatan meluangkan masa mengikuti program 'talent nite'. Program hiburan dimana persembahan dilakukan oleh pelajar-pelajar sendiri seperti nyanyian, 'band' dan 'accoustic'.

Dalam pada masa yang sama, program ini perlu dilaksanakan mengikut 'Shariah compliance' atas arahan daripada pihak atasan. Antara peraturan yang dilaksanakan ialah pelajar lelaki dan pelajar perempuan perlu duduk berasingan. Lampu akan dinyalakan sedikit dimana keadaan dewan boleh dilihat. Tarian juga tidak dibenarkan pada program itu. Samaada betul tiada tarian yang dipersembahkan penulis tidak tahu kerana penulis telah cabut awal.

Atas peraturan baru yang dikuatkuasakan itu banyaklah sindiran mengecam peraturan 'shariah compliance' ini. Pada pendapat penulis, tidak salah untuk pihak atasan menguatkuasakan peraturan seperti ini. Tetapi dalam masa yang sama penulis memikirkan adakah peraturan ini diadakan kerana ingin mengejar publisiti atau benar-benar ikhlas melakukannya?

Jika benar keikhlasannya, mengapa diadakan juga program seperti itu?, mengapa tidak digantikan dengan program yang lain?,apabila program seperti ini dijalankan juga, mana mungkin peraturan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Penulis merasa agak terkilan apabila ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan istilah 'shariah compliance' ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ia datangnya daripada rakan-rakan yang beragama Islam. Jika rakan-rakan yang bukan Islam, masih lagi boleh diterima kerana mereka sememangnya tidak mengetahui maksud sebenar istilah tersebut dan mengapa perlu dilaksanakan. Tetapi bagi yang beragama Islam,seolah-olah memperlekehkan agama mereka sendiri. Seperti meletakkan tuntutan agama hanya ketika waktu melakukan solat,majlis kematian,kenduri tahlil atau hanya di masjid sahaja.

Jika program itu dibatalkan terus, tidak akan timbul isu dan tidak akan terlihat kejahilan yang masih lagi ada di diri kita ini. Untuk mempersiapkan program ini sudah tentunya mengambil masa yang lama. Terjagakah solat kita?,adab kita?.

Tidak salah untuk berhibur kerana sememangnya manusia memerlukan hiburan. Penulis tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dalam program ini samada dari pihak atasan mahupun hadirin yang datang.

Penulis hanya mempersoalkan mengapa program seperti ini masih mahu dijalankan jika ingin melaksanakan arahan mengikut peraturan shariah. Penulis lebih melihat kepada mempersendakan atau memainkan tuntutan daripada ingin melaksanakan. Jika pihak atasan benar-benar ingin melaksanakan tuntutan agama ini, janganlah hanya 'melepaskan batuk di tangga' kerana sebelum ini arahan daripada pihak atasan jugalah yang ingin pelajar lelaki dan pelajar perempuan menginap bertentangan sesama sendiri.

(Penulis masih lagi tidak nampak keikhlasan daripada pihak atasan)

1 comment:

  1. antara perkara yang memeningkan kepala saya di Malaysia ini sebenarnya adalah Melayu vs Islam. Padahal dalam perlembagaaan sendiri menyatakan Islam sebagai satu subset kepada Melayu. Ini mungkin punca kenapa yang Islam sendiri mempertikaikan shariah compliance.

    Teringin nak tulis artikel pasal ni di blog. tapi nantilah.

    Tapikan Sob, sikit2 lama2 jadi bukit.

    ReplyDelete