Wednesday, August 05, 2009

Influenza A-Petanda Dunia Hampir Kiamat???

Semasa post ini ditulis, sudah 9 kes influenza a ini yang menyebabkan kematian. Beribu-ribu manusia yang lain dikuarantin kerana disyaki positif. Dan jumlah besar yang lain pula berasa bimbang dan risau kerana mengalami simptom2nya. Semua ini berlaku hanya kerana haiwan yang bergelar babi mengalami selsema. Haiwan terbabit selsema jek tapi manusia pula yang meninggal dunia.

Seperti yang kita tahu penyakit ini terhasil daripada sejenis virus baru yang ada dalam haiwan babi. Virus baru ini terhasil akibat mutasi gen virus yang sehingga kini pencegahannya tidak dapat diperolehi lagi. Kadangkala penulis terpikir sejenak adakah virus ini dihasilkan oleh manusia sendiri untuk menjatuhkan manusia. Perkara ini tidak mustahil kerana pada zaman ini pelbagai teknologi terbaru yang boleh menghasilkan pelbagai2 perkara. Ataupun penyakit ini diturunkan oleh Tuhan sebagai petanda yang IaNya mahukan kembali hakNya?

Dunia semakin hari semakin bergelumang dosa. Manusia semakin hari semakin lupa asal usulnya. Manusia semakin hari semakin tinggalkan agama mereka. Manusia juga semakin hari semakin tidak menjaga batasannya. Penulis teringat semula semasa penulis belajar dahulu, Tuhan akan menurunkan bala bencana tidak kira samaada tempat itu mempunyai orang alim ulama' sekalipun. Hakikatnya, golongan alim ulama pada masa kini sudah tidak berani menegur kesalahan dan kemungkaran yang berlaku walaupun di depan mata sendiri.

Sama-samalah kita sebagai hamba yang hina serta cacat cela ini beringat, semoga kita tidak akan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan diselamatkan daripada bencana yang menimpa seluruh negara. Bersedialah kita sekiranya dunia ini...................

1 comment: