Tuesday, August 11, 2009

Selamat Tinggal MPP...







Akhirnya, berakhirlah sudah penantian ini. Khidmat penulis sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan ditamatkan berkuatkuasa pada 17 Ogos ini. Selama 8 bulan berada di tampuk kepimpinan, pelbagai perkara pahit dan manis yang mengajar penulis norma-norma kehidupan. Di sini penulis ingin berkongsi pengalaman dari mula dicalonkan sehinggalah diturunkan pangkat beberapa hari sahaja lagi.

Masih lagi teringat pada bulan Ramadhan yang lepas (tarikh sebenar dh x ingt), Uniten membuka borang pencalonan sebagai MPP setelah cukup tempoh khidmat bagi MPP yang sebelumnya. Tidak terlintas di fikiran penulis ketika itu untuk bertanding mahupun mencalonkan diri sendiri. Sehinggalah 2 hari sebelum borang pencalonan ditutup, penulis diberi peluang dan sokongan daripada persatuan yang merasakan diri penulis ini berpotensi. Samaada penulis benar-benar diberi sokongan ataupun penulis telah di 'kambing hitamkan' untuk kepentingan sesetengah pihak, entahlah.




Maka bertandinglah penulis dengan no pencalonan berangka 2. Bersiap2lah penulis membuat ape2 yang patut untuk menjayakan lagi pilihanraya tersebut (kononya). Penulis mengucapkan ribu-ribuan dan juta-jutaan terima kasih terhadap rakan-rakan penulis yang sudi membantu penulis dalam kempen pilihanraya tersebut. (nama rakan-rakan terpaksa dirahsiakan bagi mengelak mereka menjadi takbur,riak mahupun bangga diri,hehe). Tidak disangka-sangka, angka 2 merupakan angka yang bertuah buat penulis. Penulis mendapat undian ke-2 tertinggi meskipun penulis bermanifesto tanpa menjanjikan apa2 kepada pengundi. Motif penulis bermanifesto kosong kerana dari awal lagi penulis sudah menjangkakan yang arena politik kampus di sini penuh dengan pelbagai kerenah dan masalah. Dan penulis juga merasakan dalam tempoh tidak sampai setahun, tidak cukup untuk melaksanakan agenda2 yang selama ini diangan2kan.




Selesai sudah pilihanraya, maka calon-calon yang menang bertanding duduk semeja dan bermesyuarat sesama mereka dalam memilih jawatan-jawatan yang ada. Penulis awal2 lagi telah memikirkan risiko yang akan dihadapi lalu mengambil jalan selamat walaupun kadangkala penulis terpaksa memakan hati. Dipendekkan cerita, maka penulis pun menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi yang terpaksa penulis rahsiakan untuk menjaga kepentingan individu-individu tersendiri.

Di sini dapat penulis simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disenangi oleh semua sememangnya sukar. Menjadi pemimpin juga kadangkala akan menghadapi dilema dalam melaksanakan tuntutan dan keperluan mana yang perlu diutamakan. Sebagai pemimpin juga memerlukan kesabaran dalam menghadapi tuduhan dan kecaman daripada sesetengah manusia yang berhasad dengki dan busuk hati. Penulis sendiri akui sepanjang tempoh penulis berkhidmat, tidak semua keinginan dan tuntutan dapat dipenuhi, Penulis juga terpaksa memberikan komitmen penulis sendiri yang masih belajar yang serba sedikit mengurangkan prestasi dan kualiti. Namun semua yang penulis hadapi sepanjang tempoh itu memberikan pengalaman yang sangat berharga buat penulis. Penulis juga semakin mengenali pelbagai ragam manusia di dunia ini. Diharapkan bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang berwibawa dan berpotensi. Bukannya menjadi pemimpin hanya untuk mengejar pangkat dan nama untuk kepentingan sendiri.

5 comments:

  1. "nama-nama terpaksa dirahsiakan kerana takut takabur dan riak"

    saya tak riak pon! ahahahah

    btw, tahniah for u and team atas jasa, sumbangan dan tgjwab anda thadap pelajar dan organisasi uniten itu sendiri

    ReplyDelete
  2. tahniah n well done..
    u did very well..
    thankz!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah encik sobrie!!
    anda dan team anda telah lakukan yg terbaik utk kami!

    ReplyDelete
  4. sobrie aku tidak merasa pemerintahan kalian! miss that!

    ReplyDelete
  5. terima ksh abg sobrie. jasamu akan di kenang

    ReplyDelete