Saturday, September 19, 2009

1 Syawal...

Dalam masa beberapa jam sahaja lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Hari di mana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya. Kesempatan yang ada ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Halalkn makan minum, ampunkan salah silap dan segala kekurangan yang ada.

Pada tahun ini, penulis menyambut hari raya di rumah baru. Meninggalkan rakan-rakan sekolah yang telah lama memendam rindu...(haha).

Sungguh pantas rasenye bulan Ramadhan berlalu. Kadangkala penulis terfikir, cukupkah amalan dan ibadah kita selame bulan puasa itu... Diterimakah pahala puasa dan ibadah kita?... Sayup juga hati ini apabila terfikirkannya. Masa sememangnya x menunggu kita... Hurm...

Dalam kesibukan menyambut hari raya, penulis mengharapkan agar penulis berpeluang lagi untuk melalui bulan Ramadhan. Sememangnya diri ini masih lagi alpa dan lalai dalam mengejar nikmat yang telah dijanjikanNya. Penulis juga berasa kesal kerana ada segelintir rakan-rakan penulis yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Namun penulis tidak dapat menegurnya dengan sebaik mungkin...

Sekali lagi penulis mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin... Jadilah seorang Muslim yang bertakwa dan sentiasa mengejar kejayaan selagi kita diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment