Tuesday, August 11, 2009

Selamat Tinggal MPP...







Akhirnya, berakhirlah sudah penantian ini. Khidmat penulis sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan ditamatkan berkuatkuasa pada 17 Ogos ini. Selama 8 bulan berada di tampuk kepimpinan, pelbagai perkara pahit dan manis yang mengajar penulis norma-norma kehidupan. Di sini penulis ingin berkongsi pengalaman dari mula dicalonkan sehinggalah diturunkan pangkat beberapa hari sahaja lagi.

Masih lagi teringat pada bulan Ramadhan yang lepas (tarikh sebenar dh x ingt), Uniten membuka borang pencalonan sebagai MPP setelah cukup tempoh khidmat bagi MPP yang sebelumnya. Tidak terlintas di fikiran penulis ketika itu untuk bertanding mahupun mencalonkan diri sendiri. Sehinggalah 2 hari sebelum borang pencalonan ditutup, penulis diberi peluang dan sokongan daripada persatuan yang merasakan diri penulis ini berpotensi. Samaada penulis benar-benar diberi sokongan ataupun penulis telah di 'kambing hitamkan' untuk kepentingan sesetengah pihak, entahlah.




Maka bertandinglah penulis dengan no pencalonan berangka 2. Bersiap2lah penulis membuat ape2 yang patut untuk menjayakan lagi pilihanraya tersebut (kononya). Penulis mengucapkan ribu-ribuan dan juta-jutaan terima kasih terhadap rakan-rakan penulis yang sudi membantu penulis dalam kempen pilihanraya tersebut. (nama rakan-rakan terpaksa dirahsiakan bagi mengelak mereka menjadi takbur,riak mahupun bangga diri,hehe). Tidak disangka-sangka, angka 2 merupakan angka yang bertuah buat penulis. Penulis mendapat undian ke-2 tertinggi meskipun penulis bermanifesto tanpa menjanjikan apa2 kepada pengundi. Motif penulis bermanifesto kosong kerana dari awal lagi penulis sudah menjangkakan yang arena politik kampus di sini penuh dengan pelbagai kerenah dan masalah. Dan penulis juga merasakan dalam tempoh tidak sampai setahun, tidak cukup untuk melaksanakan agenda2 yang selama ini diangan2kan.




Selesai sudah pilihanraya, maka calon-calon yang menang bertanding duduk semeja dan bermesyuarat sesama mereka dalam memilih jawatan-jawatan yang ada. Penulis awal2 lagi telah memikirkan risiko yang akan dihadapi lalu mengambil jalan selamat walaupun kadangkala penulis terpaksa memakan hati. Dipendekkan cerita, maka penulis pun menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi yang terpaksa penulis rahsiakan untuk menjaga kepentingan individu-individu tersendiri.

Di sini dapat penulis simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disenangi oleh semua sememangnya sukar. Menjadi pemimpin juga kadangkala akan menghadapi dilema dalam melaksanakan tuntutan dan keperluan mana yang perlu diutamakan. Sebagai pemimpin juga memerlukan kesabaran dalam menghadapi tuduhan dan kecaman daripada sesetengah manusia yang berhasad dengki dan busuk hati. Penulis sendiri akui sepanjang tempoh penulis berkhidmat, tidak semua keinginan dan tuntutan dapat dipenuhi, Penulis juga terpaksa memberikan komitmen penulis sendiri yang masih belajar yang serba sedikit mengurangkan prestasi dan kualiti. Namun semua yang penulis hadapi sepanjang tempoh itu memberikan pengalaman yang sangat berharga buat penulis. Penulis juga semakin mengenali pelbagai ragam manusia di dunia ini. Diharapkan bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang berwibawa dan berpotensi. Bukannya menjadi pemimpin hanya untuk mengejar pangkat dan nama untuk kepentingan sendiri.

Sunday, August 09, 2009

Season Of Football Begins...


Its time...the season of football for season 2009/2010 has started. Many games will be played that will make us stay at television. No more hangout, no more movies. Its only football and football. The passion of football. The entertainment of sports. Hope that someday i will be among of them. Huhu...

Wednesday, August 05, 2009

Influenza A-Petanda Dunia Hampir Kiamat???

Semasa post ini ditulis, sudah 9 kes influenza a ini yang menyebabkan kematian. Beribu-ribu manusia yang lain dikuarantin kerana disyaki positif. Dan jumlah besar yang lain pula berasa bimbang dan risau kerana mengalami simptom2nya. Semua ini berlaku hanya kerana haiwan yang bergelar babi mengalami selsema. Haiwan terbabit selsema jek tapi manusia pula yang meninggal dunia.

Seperti yang kita tahu penyakit ini terhasil daripada sejenis virus baru yang ada dalam haiwan babi. Virus baru ini terhasil akibat mutasi gen virus yang sehingga kini pencegahannya tidak dapat diperolehi lagi. Kadangkala penulis terpikir sejenak adakah virus ini dihasilkan oleh manusia sendiri untuk menjatuhkan manusia. Perkara ini tidak mustahil kerana pada zaman ini pelbagai teknologi terbaru yang boleh menghasilkan pelbagai2 perkara. Ataupun penyakit ini diturunkan oleh Tuhan sebagai petanda yang IaNya mahukan kembali hakNya?

Dunia semakin hari semakin bergelumang dosa. Manusia semakin hari semakin lupa asal usulnya. Manusia semakin hari semakin tinggalkan agama mereka. Manusia juga semakin hari semakin tidak menjaga batasannya. Penulis teringat semula semasa penulis belajar dahulu, Tuhan akan menurunkan bala bencana tidak kira samaada tempat itu mempunyai orang alim ulama' sekalipun. Hakikatnya, golongan alim ulama pada masa kini sudah tidak berani menegur kesalahan dan kemungkaran yang berlaku walaupun di depan mata sendiri.

Sama-samalah kita sebagai hamba yang hina serta cacat cela ini beringat, semoga kita tidak akan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan diselamatkan daripada bencana yang menimpa seluruh negara. Bersedialah kita sekiranya dunia ini...................

Friday, July 17, 2009

Teater Anak Adam

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar UNITEN yang terlibat secara langsung dalam Festival Teater Pahang 2009.Walaupun tidak mendapat ranking top-3,sedikit sebanyak dapat membuktikan disini bahawa pelajar-pelajar mempunyai bakat dan kebolehan yang tersendiri di luar bidang akademik.Hasil penat lelah dan usaha mereka sangat dihargai dalam memartabatkan nama universiti di persada tanah air.Peluang pertama kali yang diperolehi ini memberi anda semua pengalaman dan serba sedikit tentang perjalanan hidup sebenar politik kampus itu sendiri.Sedikit nasihat kepada semua supaya bersabar dalam menghadapi kerenah dan liku-liku hidup dalam menggapai sesuatu perkara.Kejayaan tidak akan datang setelah kegagalan yang ada tidak diatasi.

Saturday, July 04, 2009

New Semester & New Beginning...

Bulan Julai sudah tiba...Bermulalah sudah semester baru setelah 3 bulan merehatkan diri serta melakukan serba sedikit tanggungjawab sebagai mpp...penat lelah masih lagi terasa di sanubari ini...4 hari berkampung di kem birotatanegara tanjung gahai,kuala lipis pahang menjalani induksi sebagai seorang fasilitator...serba serbi mental dan fizikal diuji namun tiada kekesalan di hati ini...ramai di kalangan kita ini akan mengeluh sekiranya dihantar ke kem btn...but then,i not regret anything...bulan yg penuh dengan dugaan dan cabaran...cptlah masa b'lalu...ku mahu tnggungjwb sbgai seorang mpp selesai dgn segera...konflik politik dan konspirasi yg b'bagai m'buatkn kepala ini pening dgn pelbagai masalah...segeralah dilucutkn jawatan ini...sekurang2nye diri ini telah melakukan kerja yang sepatutnya walaupun ada sahaja kutukan-kutukan dan hasad dengki daripada pihak2 tertentu...its time to focus on studi...tmpt praktikal pun dah settle...3 semester lagi...diharapkan segala pahit manis di dalam organisasi yang ku ceburi dapat diaplikasikn semasa bekerja nanti...pelbagai ragam manusia dapat dilihat buat masa ini...adakah diriku sudah bersedia untuk menghadapi?...

Monday, June 15, 2009

Santapan Rohani...

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....

Saturday, June 13, 2009

Pekan Baru,Indonesia



25 Mei hingga 29 Mei merupakan tarikh dimana kami berangkat ke Pekan Baru,Indonesia. Rombongan ini merupakan aktiviti pihak universiti yg inginkan para pelajarnya menyelami kehidupan mahasiswa mahasiswi di Indonesia yang serba kekurangan. Tidak terdetik di hati ini untuk ke sana sebagai satu percutian seperti yang telah disalah ertikn sesetengah pihak.(perkara ini akan diulas dalam mase yg terdekat). Hari pertama di LCCT, 9 peserta rombongan termasuk diri ini telah kehilangan bagasi atas kesilapan pihak AirAsia. Selamat tiba ke Indonesia dengan sehelai sepinggang. Sampai sahaja di Pekan Baru, Riau destinasi pertama ialah ke provinsinya (perpustakaan). Struktur binaan yang luas dan besar memberikan keselesaan kepada semua pengguna yang ada di situ. Walaupun Indonesia dilanda krisis ekonomi, pihak kerajaannya tetap menekankan aspek pendidikan sebagai satu perkara penting untuk semua. Selesai sudah aktiviti disana kami dibawa ke tempat penginapan dan berehat di sana. Bagi sesetengah peserta yang tertinggal bagasinya mengambil peluang yang ada untuk membeli barang keperluan harian masing-masing.

Hari-hari yang berikutnya kami melawati Konsulat Malaysia, Teras Effendi, Universitas Riau dan juga Universitas Islam Sultan Syarif Kassim. Dalam kesempatan yang singkat ini juga kami dibawa ke Bukit Tinggi dan sempat bershopping sakan di sana. Segala kegiatan di sana merupakan satu pengalaman hidup dan diri ini bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk ke sana.