Monday, May 31, 2010

Ananda Krishnan gelakkan orang Melayu kita...

Ananda Krishnan merupakan seorang jutawan Malaysia yang mempunyai pelbagai bisnes termasuklah Maxis dan Astro.

Disini bukanlah penulis mahu menceritakan secara terperinci peribadi Ananda Krishnan,sebaliknya ingin bersama-sama memikirkan bagaimana kejayaan Ananda Krishnan ini dibantu oleh orang Melayu kita.

Astro seperti yang kita tahu merupakan rangkaian penyiaran yang mempunyai pelbagai siaran. Kini di setiap rumah sudah mempunyai rangkaian ini. Siarannya yang pelbagai itu sudah cukup menarik minat untuk semua orang melanggannya terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kejayaan Astro ini menyaingi stesen tv yang lain membuatkan Ananda Krishnan tersenyum puas dengan pencapaian yang diperolehnya. Belum cukup dengan kejayaan itu, 8 tahun dahulu pihak Astro telah mula memperkenalkan satu bentuk hiburan yang melalaikan terutamanya di kalangan orang Melayu.

Bentuk hiburan yang dikatakan itu adalah rancangan Akademi Fantasia yang baru-baru ini sudah menamatkan rancangannya yang ke-8. Berjuta-juta undian diterima oleh orang ramai semata-mata ingin melihat pelajar af mereka (kononnya pelajar) kekal hingga ke finalis. Ada juga yang menjual air mata mereka hanya kerana sedih melihat peserta tersingkir.

Dan malangnya, kebanyakkan penyumbang undian (pemberi wang kepada Astro) adalah orang Melayu. Peserta-pesertanya juga majoritinya orang Melayu. Semasa audition diadakan juga kebanyakkannya dihadiri oleh orang Melayu...Melayu,Melayu,Melayu!!!

Tidakkah kita sedar, pemilik Astro ini hanya mahukan wang kita. Menyediakan hiburan hedonisme ini untuk melalaikan kita. Membuatkan kita merugikan masa yang boleh digunakan untuk benda yang lebih berguna.

Berbaloikah hiburan yang kita peroleh ini dengan kekayaan yang diperoleh oleh pihak Astro ini. Boleh bertahan lamakah artis yang dihasilkan dalam rancangan ini. Tidak terasa aibkah kita, mereka dianggap sebagai graduan dalam masa 3 bulan sahaja sedangkan kita untuk bergelar graduan dalam mana-mana bidang mengambil masa yang lama.

Anda boleh kata tidak salah untuk berhibur...Tidak salah untuk mengundi artis pilihan...
Tapi selepas ini kita tidak boleh pertikaikan mengapa yang kaya akan semakin kaya...sebaliknya yang miskin akan kekal miskin...

2 comments:

  1. Komen yg bagus ..kejap lagi ada yg cuba mempertahankan "alah itu kan cuma hiburan saja"

    ReplyDelete