Friday, September 25, 2009

Politik itu kotor????....


Politik itu kotor?...

Itu adalah persoalan bukannye pernyataan oleh penulis. Perkara ini dibangkitkan oleh penulis kerana penulis pernah melalui pengalaman berpolitik sndiri walaupun hanya politik kampus dan dalam mase yg tidak smpai setahun.

Penulis hanya ingin membincangkan isu ini tnpa menyebut mane-mane pihak yang berkaitan dalam arena ini. Dan perkara ini tidak difokuskan kepada politik negara sahaja sebaliknya lebih menjurus ke politik dunia.

Sering sahaja kita akan mendengar, bagi sesiapa yg terlibat dlm politik ini pasti lebih bnyk mendapat kutukan, makian dan hamburan lebih daripada pujian atas usaha yg telah dilakukan. Baik perkara yg dilakukan itu betul sekalipun, akan ade ketidakpuasan oleh pihak2 tertentu.

Di sini, penulis menumpukan kepada golongan yg tidak berpuas hati terhadap individu2 yg menyertai politik. Yg pada dasarnya lebih pndai berkata2 di bawah tetapi tidak menampilkan diri ke depan.

"Saya benci politik ni"..."politik itu kotor"..."die tu x betul,mkn rasuah"..."salah la ape yg die buat,xde otak ke?"..."amik kroni jek"...

Berikut hanya lah beberapa perkataan yg keluar dari mulut golongan yg disebutkn diatas. Persoalannya di sini ialah :

-kenapa anda semua tidak ke hadapan?...
-kenapa anda yg merasakan tidak mengamalkn rasuah,tp tidk menampilkn diri?...
-kenapa anda rasa diri anda itu benar,tp tidak menyatakan kebenaran?...

Penulis tidak mengatakn penulis menyokong sesiapa ahli politik yg mengamalkn rasuah,mengambil kroni dn sebagainya. Tetapi, mengapa setelah perkara ini terjadi baru ade yg lantang bersuara?...mengapa merasakan diri itu lebih bagus dari orng lain tp tidak menonjolkn diri?...

Sememangnya melibatkn diri dalam kancah politik ini umpama menjerut diri sndiri. Namun begitu, kepentingan politik itu sndiri perlu dijaga bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sekiranya masing-masing mengamalkan perbuatan hal sendiri, mampukah negara mencapai kejayaan dan membangun?...

Disini penulis ingin mencabar kepada sesiapa yg hanya pndai berkata2 tetapi tdk menonjolkn diri ke depan umpama gunting dlm lipatan dan api dlm sekam. Tampilkn diri anda, perbetulkn perkara yg anda rasakan tdk btul. Bkn hanya pndai berkata2 dan mengutuk sahaja.

Adalah mustahil untuk kita mempunyai pemimpin seperti Nabi Muhammad s.a.w yg mampu menyatukan manusia wlaupun berlainan agama. Tetapi kita masih mampu untuk mencontohinya. Itu pun jika kita mahu mencontohinya.

Kesimpulannya disini, jgn lah kita hanya berani berkata2 di bwh dlm mencari kesalahan orng sblknya tampilknlah diri anda ke hadapan jika anda rasakan anda mampu melaksanakan tanggungjwb lebih baik dari orng lain.

Saturday, September 19, 2009

1 Syawal...

Dalam masa beberapa jam sahaja lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Hari di mana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya. Kesempatan yang ada ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Halalkn makan minum, ampunkan salah silap dan segala kekurangan yang ada.

Pada tahun ini, penulis menyambut hari raya di rumah baru. Meninggalkan rakan-rakan sekolah yang telah lama memendam rindu...(haha).

Sungguh pantas rasenye bulan Ramadhan berlalu. Kadangkala penulis terfikir, cukupkah amalan dan ibadah kita selame bulan puasa itu... Diterimakah pahala puasa dan ibadah kita?... Sayup juga hati ini apabila terfikirkannya. Masa sememangnya x menunggu kita... Hurm...

Dalam kesibukan menyambut hari raya, penulis mengharapkan agar penulis berpeluang lagi untuk melalui bulan Ramadhan. Sememangnya diri ini masih lagi alpa dan lalai dalam mengejar nikmat yang telah dijanjikanNya. Penulis juga berasa kesal kerana ada segelintir rakan-rakan penulis yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Namun penulis tidak dapat menegurnya dengan sebaik mungkin...

Sekali lagi penulis mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin... Jadilah seorang Muslim yang bertakwa dan sentiasa mengejar kejayaan selagi kita diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini...InsyaAllah

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Tinggal MPP...







Akhirnya, berakhirlah sudah penantian ini. Khidmat penulis sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan ditamatkan berkuatkuasa pada 17 Ogos ini. Selama 8 bulan berada di tampuk kepimpinan, pelbagai perkara pahit dan manis yang mengajar penulis norma-norma kehidupan. Di sini penulis ingin berkongsi pengalaman dari mula dicalonkan sehinggalah diturunkan pangkat beberapa hari sahaja lagi.

Masih lagi teringat pada bulan Ramadhan yang lepas (tarikh sebenar dh x ingt), Uniten membuka borang pencalonan sebagai MPP setelah cukup tempoh khidmat bagi MPP yang sebelumnya. Tidak terlintas di fikiran penulis ketika itu untuk bertanding mahupun mencalonkan diri sendiri. Sehinggalah 2 hari sebelum borang pencalonan ditutup, penulis diberi peluang dan sokongan daripada persatuan yang merasakan diri penulis ini berpotensi. Samaada penulis benar-benar diberi sokongan ataupun penulis telah di 'kambing hitamkan' untuk kepentingan sesetengah pihak, entahlah.




Maka bertandinglah penulis dengan no pencalonan berangka 2. Bersiap2lah penulis membuat ape2 yang patut untuk menjayakan lagi pilihanraya tersebut (kononya). Penulis mengucapkan ribu-ribuan dan juta-jutaan terima kasih terhadap rakan-rakan penulis yang sudi membantu penulis dalam kempen pilihanraya tersebut. (nama rakan-rakan terpaksa dirahsiakan bagi mengelak mereka menjadi takbur,riak mahupun bangga diri,hehe). Tidak disangka-sangka, angka 2 merupakan angka yang bertuah buat penulis. Penulis mendapat undian ke-2 tertinggi meskipun penulis bermanifesto tanpa menjanjikan apa2 kepada pengundi. Motif penulis bermanifesto kosong kerana dari awal lagi penulis sudah menjangkakan yang arena politik kampus di sini penuh dengan pelbagai kerenah dan masalah. Dan penulis juga merasakan dalam tempoh tidak sampai setahun, tidak cukup untuk melaksanakan agenda2 yang selama ini diangan2kan.




Selesai sudah pilihanraya, maka calon-calon yang menang bertanding duduk semeja dan bermesyuarat sesama mereka dalam memilih jawatan-jawatan yang ada. Penulis awal2 lagi telah memikirkan risiko yang akan dihadapi lalu mengambil jalan selamat walaupun kadangkala penulis terpaksa memakan hati. Dipendekkan cerita, maka penulis pun menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi yang terpaksa penulis rahsiakan untuk menjaga kepentingan individu-individu tersendiri.

Di sini dapat penulis simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disenangi oleh semua sememangnya sukar. Menjadi pemimpin juga kadangkala akan menghadapi dilema dalam melaksanakan tuntutan dan keperluan mana yang perlu diutamakan. Sebagai pemimpin juga memerlukan kesabaran dalam menghadapi tuduhan dan kecaman daripada sesetengah manusia yang berhasad dengki dan busuk hati. Penulis sendiri akui sepanjang tempoh penulis berkhidmat, tidak semua keinginan dan tuntutan dapat dipenuhi, Penulis juga terpaksa memberikan komitmen penulis sendiri yang masih belajar yang serba sedikit mengurangkan prestasi dan kualiti. Namun semua yang penulis hadapi sepanjang tempoh itu memberikan pengalaman yang sangat berharga buat penulis. Penulis juga semakin mengenali pelbagai ragam manusia di dunia ini. Diharapkan bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang berwibawa dan berpotensi. Bukannya menjadi pemimpin hanya untuk mengejar pangkat dan nama untuk kepentingan sendiri.

Sunday, August 09, 2009

Season Of Football Begins...


Its time...the season of football for season 2009/2010 has started. Many games will be played that will make us stay at television. No more hangout, no more movies. Its only football and football. The passion of football. The entertainment of sports. Hope that someday i will be among of them. Huhu...

Wednesday, August 05, 2009

Influenza A-Petanda Dunia Hampir Kiamat???

Semasa post ini ditulis, sudah 9 kes influenza a ini yang menyebabkan kematian. Beribu-ribu manusia yang lain dikuarantin kerana disyaki positif. Dan jumlah besar yang lain pula berasa bimbang dan risau kerana mengalami simptom2nya. Semua ini berlaku hanya kerana haiwan yang bergelar babi mengalami selsema. Haiwan terbabit selsema jek tapi manusia pula yang meninggal dunia.

Seperti yang kita tahu penyakit ini terhasil daripada sejenis virus baru yang ada dalam haiwan babi. Virus baru ini terhasil akibat mutasi gen virus yang sehingga kini pencegahannya tidak dapat diperolehi lagi. Kadangkala penulis terpikir sejenak adakah virus ini dihasilkan oleh manusia sendiri untuk menjatuhkan manusia. Perkara ini tidak mustahil kerana pada zaman ini pelbagai teknologi terbaru yang boleh menghasilkan pelbagai2 perkara. Ataupun penyakit ini diturunkan oleh Tuhan sebagai petanda yang IaNya mahukan kembali hakNya?

Dunia semakin hari semakin bergelumang dosa. Manusia semakin hari semakin lupa asal usulnya. Manusia semakin hari semakin tinggalkan agama mereka. Manusia juga semakin hari semakin tidak menjaga batasannya. Penulis teringat semula semasa penulis belajar dahulu, Tuhan akan menurunkan bala bencana tidak kira samaada tempat itu mempunyai orang alim ulama' sekalipun. Hakikatnya, golongan alim ulama pada masa kini sudah tidak berani menegur kesalahan dan kemungkaran yang berlaku walaupun di depan mata sendiri.

Sama-samalah kita sebagai hamba yang hina serta cacat cela ini beringat, semoga kita tidak akan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan diselamatkan daripada bencana yang menimpa seluruh negara. Bersedialah kita sekiranya dunia ini...................

Friday, July 17, 2009

Teater Anak Adam

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar UNITEN yang terlibat secara langsung dalam Festival Teater Pahang 2009.Walaupun tidak mendapat ranking top-3,sedikit sebanyak dapat membuktikan disini bahawa pelajar-pelajar mempunyai bakat dan kebolehan yang tersendiri di luar bidang akademik.Hasil penat lelah dan usaha mereka sangat dihargai dalam memartabatkan nama universiti di persada tanah air.Peluang pertama kali yang diperolehi ini memberi anda semua pengalaman dan serba sedikit tentang perjalanan hidup sebenar politik kampus itu sendiri.Sedikit nasihat kepada semua supaya bersabar dalam menghadapi kerenah dan liku-liku hidup dalam menggapai sesuatu perkara.Kejayaan tidak akan datang setelah kegagalan yang ada tidak diatasi.

Saturday, July 04, 2009

New Semester & New Beginning...

Bulan Julai sudah tiba...Bermulalah sudah semester baru setelah 3 bulan merehatkan diri serta melakukan serba sedikit tanggungjawab sebagai mpp...penat lelah masih lagi terasa di sanubari ini...4 hari berkampung di kem birotatanegara tanjung gahai,kuala lipis pahang menjalani induksi sebagai seorang fasilitator...serba serbi mental dan fizikal diuji namun tiada kekesalan di hati ini...ramai di kalangan kita ini akan mengeluh sekiranya dihantar ke kem btn...but then,i not regret anything...bulan yg penuh dengan dugaan dan cabaran...cptlah masa b'lalu...ku mahu tnggungjwb sbgai seorang mpp selesai dgn segera...konflik politik dan konspirasi yg b'bagai m'buatkn kepala ini pening dgn pelbagai masalah...segeralah dilucutkn jawatan ini...sekurang2nye diri ini telah melakukan kerja yang sepatutnya walaupun ada sahaja kutukan-kutukan dan hasad dengki daripada pihak2 tertentu...its time to focus on studi...tmpt praktikal pun dah settle...3 semester lagi...diharapkan segala pahit manis di dalam organisasi yang ku ceburi dapat diaplikasikn semasa bekerja nanti...pelbagai ragam manusia dapat dilihat buat masa ini...adakah diriku sudah bersedia untuk menghadapi?...